POKOK DAUN RERAMA BERWARNA HIJAU

Pokok Daunn Rerama atau lebih dikenali sebagai Red Butterfly Wings

Nama saintifik: Mariposa Christia Vespertillonis

Asal : Rantau Asia

  • Pokok daun rerama mampu mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan.
  • Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, ia boleh mencapai ketinggian sehingga 5-6 kaki.
  • Pokok Daun Rerama telah digunakan secara tradisional di kawasan pedalaman Thailand sebagai tumbuhan untuk merawat semua jenis penyakit.
  • Di Malaysia, Pokok Daun Rerama pernah menjadi fenomena dalam kalangan pesakit, khususnya penghidap kanser yang berlumba-lumba untuk mencuba keberkesanannya setelah dikhabarkan tentang ‘keajaiban’ khasiatnya. Ramai yang ingin berikhtiar dengan Pokok Daun Rerama, tetapi tidak kesampaian kerana ketiadaan stok.
  • Pokok Daun Rerama terdiri dari pelbagai spesies dan warna. Tetapi, setakat ini, yang digunakan untuk perubatan adalah dari jenis yang berwarna hijau sahaja. Jenis ini tidak tumbuh di Malaysia secara semulajadi.
penanaman-pokok-daun-rerama

Penanaman Pokok Daun Rerama kini mula ditanam secara komersial bagi menampung permintaan di pasaran yang semakin bertambah.

JENIS & WARNA DAUN RERAMA

pokok-bunga-rerama-hiasan

Pokok Daun Rerama Yang Dibuat Hiasan

pokok-rerama-berdaun-hijau-belang-tua-dan-muda

Pokok Daun Rerama Berdaun Hijau Belang Tua & Muda

pokok-rerama-berdaun-hijau-belang-ungu

Pokok Daun Rerama Berdaun Hijau Belang & Ungu

pokok-rerama-berdaun-ungu

Pokok Daun Rerama Berwarna Ungu

pokok-rerama-berdaun-merah

Pokok Daun Rerama Berdaun Merah Oren

KAJIAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

“Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap daun rerama’hijau ini, mendapati ia menunjukkan ciri-ciri anti barah dan anti keradangan.

Menurut Dr Latifah,  secara umumnya ekstrak daun rerama ini tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya. Kaedah rawatan yang digunakan ialah dengan meminum rebusan air daun rerama ini, sebagaimana konsep merendam dan meminum air teh.

Menurutnya lagi, daun rerama ini terdapat dalam pelbagai warna tetapi yang digunakan untuk penyelidikan bagi tujuan perubatan ialah daun rerama yang berwarna hijau.” – Sumber Rujukan

KAJIAN INSTITUT BIOTEKNOLOGI MELAKA

pokok-rerama-7

Keratan Muka Hadapan Akhbar Harian Metro

  • Ujian makmal Institut Bioteknologi Melaka pada 2010 menunjukkan daun rerama mengandungi 13 sebatian kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan.
  • Selain berkesan merawat barah, daun yang bentuknya seperti kepak rama-rama itu boleh mengubati denggi, Sistem Lupus Erithematosus (SLE) dan penyakit lain berkaitan sel darah. Maklumbalas daripada pengguna menghidapi masalah radang paru-paru, gout dan jangkitan kuman turut memberi hasil positif.

Baca: Keratan Akhbar Berkaitan Daun Rerama

HASIL KAJIAN DARI ONCOLOGY REPORT

Selain itu  hasil kajian secara saintifik dari luar negara juga turut membuktikan khasiat ekstrak daun rerama ini yang mampu bertindak sebagai anti kanser bagi rawatan tumor.

“The results indicate that Christia vespertilionis could serve as an anticancer therapeutic for treatment of neuroendocrine tumors.”

Sila rujuk laporan kajian penuh di sini: Oncology Reports – Christia vespertilionis plant extracts as novel antiproliferative agent against human neuroendocrine tumor cells